fbpx
MAGHRIBI mengesahkan kemaraan selaku naib juara kumpulan selepas bangkit menundukkan Haiti awal pagi semalam. - AFP

Piala Dunia 2026: Tempoh rehat cetus kebangkitan Maghribi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ATLANTA – Pasukan Maghribi terpaksa bermandi peluh sebelum dapat mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati Piala Dunia dengan menewaskan Haiti 4-2 pada aksi terakhir Kumpulan C di Stadium Atlanta, semalam.

Kapten Maghribi, Achraf Hakimi mengakui pasukannya berdepan kesukaran sepanjang perlawanan apabila Haiti berjaya mendahului sebanyak dua kali sebelum bangkit mengubah rentak permainan.

“Ini adalah perlawanan yang sukar dan mencabar. Kami tidak memulakan aksi dengan baik, tetapi kami berjaya mengubah mentaliti dan bekerja keras untuk kembali ke dalam permainan.
Saya anggap kami menang hasil pendekatan menyerang yang lebih berkesan.

“Ketika rehat separuh masa, mesej utama adalah untuk kekal fokus dan memenangi perebutan bola. Barisan pemain tidak boleh membenarkan mereka semakin yakin. Justeru, kami layak untuk menang dan bersedia untuk cabaran seterusnya nanti,” katanya.

Sementara itu, pengendali Maghribi, Mohamed Ouahbi, berkata para pemainnya perlu percaya bahawa mereka mampu menjadi pasukan Afrika pertama yang menjuarai Piala Dunia selepas mara ke pusingan 32 terbaik tanpa kalah.

Ouahbi yang memenangi Piala Dunia Bawah 20 Tahun bersama Maghribi tahun lalu, percaya beliau mampu mengulangi pencapaian itu bersama skuad senior negara.

“Maghribi kini telah memasuki satu dimensi baharu. Para penyokong mempercayai pasukan dan pasukan lawan juga menghormati kami. Kita perlu percaya kepada objektif dan sasaran ini (untuk memenangi Piala Dunia).

“Saya sangat percaya kepada kerja saya dan kerja barisan kejurulatihan saya, dan kami mempunyai semua ramuan yang diperlukan untuk menjadi negara terbaik,” katanya.
Belanda dilihat sebagai lawan yang paling berkemungkinan bakal dihadapi Maghribi pada pusingan seterusnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN