fbpx
Hakemal.

PGA rampas barangan seludup RM1.12 bilion, 774 PATI ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasukan Gerakan Am (PGA) merekodkan rampasan bernilai RM1.12 bilion melibatkan pelbagai barangan kontraban dan seludup sejak Januari sehingga semalam.

Komander PGA Briged Tengah, Senior Asisten Komisioner Hakemal Hawari berkata, kejayaan itu diperoleh menerusi operasi penguatkuasaan membabitkan sisa elektronik (e-waste), minuman keras, rokok, minyak sawit, mercun pemburuan haram dan penyeludupan migran.

Menurut Hakemal, Ibu Pejabat Briged Tengah mencatatkan rampasan sebanyak RM465.2 juta, Batalion 4 (RM91.6 juta), Batalion 5 (RM305.3 juta), Batalion 6 (RM150.6 juta) dan Batalion 19 (RM116.9 juta).

“Dalam tempoh yang sama, seramai 774 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, terdiri daripada 628 warga Indonesia, Myanmar (77), Bangladesh (66) dan tiga warga Nepal,” katanya hari ini.

Hakemal berkata, sebanyak 26 kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 direkodkan, melibatkan tangkapan 10 rakyat Malaysia, 24 warga Indonesia dan tiga warga Bangladesh.

“Sindiket-sindiket ini menggunakan ejen tempatan dan asing yang bertindak sebagai ‘tekong’ darat dan laut untuk membawa migran masuk ke negara ini secara haram.

“Kemasukan pendatang tanpa dokumen ini memberi kesan besar terhadap aspek sosial, ekonomi, kesihatan, keselamatan dan politik,” ujarnya.

Hakemal berkata, kesemua kes disiasat mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Imigresen 1959/63, Akta Bahan Letupan 1957, Akta Logam Skrap 1946, Akta ATIPSOM 2007, Akta Senjata 1960 dan Akta Lembaga Minyak Sawit 1998.

“Selain itu, Akta Barang Lusuh 1946, Akta Binatang 1953, Amta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Akta Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI