fbpx
Antara aset yang terlibat dalam operasi SAR di perairan Pulau Pangkor hari ini.

Radius operasi pencarian bot karam diperluas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) mangsa bot karam di perairan Pulau Pangkor yang memasuki hari ketiga hari ini diperluaskan meliputi kawasan seluas 343.80 batu nautika persegi.

Operasi yang disambung semula pada pukul 7 pagi itu tertumpu di tiga sektor pencarian iaitu sektor C-1, sektor C-2 dan sektor C-3.

Operasi berkenaan melibatkan tiga agensi penguatkuasaan iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dengan kekuatan seramai 33 anggota.

Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan susulan kejadian sebuah bot yang membawa 37 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia tenggelam di perairan Pulau Pangkor di sini kelmarin.

Aduan mengenai insiden itu diterima kira-kira pukul 5.30 pagi selepas seorang nelayan tempatan menemui mangsa terapung di laut sebelum Op Carilamat diaktifkan pada pukul 6 pagi.

Seramai 23 mangsa terdiri daripada 16 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia berjaya diselamatkan pada hari kejadian, manakala selebihnya masih hilang.

Difahamkan, kesemua mereka dipercayai bertolak dari Kisaran, Indonesia pada 9 Mei menuju ke Malaysia, dengan beberapa destinasi termasuk Pulau Pinang, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur.

Semalam, mayat tiga wanita dan seorang lelaki dipercayai mangsa bot karam ditemukan pada kedudukan 13 batu nautika dari Pulau Talang berhampiran Segari.

Kesemua mayat ditemukan oleh dua bot Pasukan Polis Marin (PPM) kira-kira pukul 2 petang semalam.

Tiga lagi mayat wanita kemudian ditemukan oleh aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Sri Indera Sakti, kira-kira 20 batu nautika dari lokasi aduan bot tenggelam antara pukul 6 hingga 7 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN