fbpx
Mohamad Shukri (kiri) menunjukkan peta lokasi pencarian mangsa bot karam di Jeti PPM Kg. Acheh dekat Lumut hari ini.

Bot tenggelam: Mayat 4 PATI ditemui terapung dekat Pulau Talang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LUMUT – Empat mayat pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang terlibat kejadian bot tenggelam di perairan Pulau Pangkor di sini ditemui pasukan keselamatan kira-kira pukul 2 petang tadi.

Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, mayat mangsa dipercayai tiga wanita dan seorang lelaki berkenaan ditemui dua bot Pasukan Polis Marin (PPM) di kedudukan 13 batu nautika dari Pulau Talang berhampiran Segari.

“Mayat-mayat berkenaan ditemui dalam keadaan terapung. Dengan penemuan mangsa hari ini, bermakna tinggal 10 lagi PATI yang terlibat kejadian bot karam lagi belum ditemui.

“Kita percaya mangsa-mangsa (yang belum ditemui) akan hanyut mengikut arus dan kita jangkakan ia akan bergerak ke arah utara 10 batu nautika dari lokasi kejadian pagi semalam,” katanya kepada pemberita di Jeti PPM Kg. Acheh di sini hari ini.

Media hari ini melaporkan sebuah bot yang membawa 37 PATI dari Indonesia tenggelam di perairan Pulau Pangkor di sini awal pagi semalam.

Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) yang diaktifkan berjaya menyelamatkan seramai 23 mangsa terdiri daripada 16 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia sebelum kesemua mereka diiringi oleh Bot PPM PAC 16 ke Jeti PPM Kg. Acheh untuk dokumentasi serta siasatan lanjut.

Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, mereka bercadang menambah aset bagi tujuan pencarian namun ia tertakluk kepada ketersediaan aset-aset berkenaan oleh pasukan keselamatan terlibat seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Radius pencarian hari ini diluaskan kepada 151 batu nautika dari lokasi kejadian dan operasi akan diteruskan kerana ada tanda-tanda penemuan mangsa yang berbaki 10 lagi.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan sehingga esok,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN