fbpx
Sebanyak 20 unit cap keselamatan dipercayai palsu dan 16 pasport Indonesia disita JIM.

2 dalang sindiket cap palsu diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga Indonesia dipercayai dalang utama sindiket pemalsuan cap keselamatan imigresen ditahan dalam operasi khas di sekitar Taman Kepong Indah dan Taman Dagang, Ampang, di sini Isnin lalu.

Dalam operasi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang bermula pukul 12 tengah hari itu, dua suspek dikenali sebagai ‘Padi’ dan ‘Amir’ masing-masing berusia 52 tahun diberkas hasil risikan selama sebulan oleh Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, semakan awal mendapati kedua-dua suspek tidak memiliki sebarang pas atau dokumen perjalanan sah untuk berada di negara ini.
“Pasukan operasi turut menyita 20 unit cap keselamatan JIM dipercayai palsu, 16 pasport Indonesia, empat Surat Perjalanan Laksana Paspor Indonesia, dua telefon bimbit, sebuah komputer riba, mesin pencetak dan mesin pengimbas.

“Turut disita dua kenderaan iaitu Proton Exora dan Nissan Almera yang dipercayai digunakan sindiket,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, suspek ‘Amir’ pernah ditahan pada Jun tahun lalu atas kesalahan sama sebelum dihantar pulang dan disenarai hitam.

“Bagaimanapun, suspek dipercayai masuk semula ke Malaysia menggunakan pintu masuk tidak diwartakan,” katanya.

Katanya, sindiket terbabit menawarkan ‘perkhidmatan imigresen’ dengan menyediakan endorsmen masuk dan keluar JIM dipercayai palsu kepada warga Indonesia yang tinggal lebih masa di negara ini.

“Sindiket dipercayai aktif sejak setahun lalu dengan menggunakan platform WhatsApp, Telegram dan TikTok bagi mencari pelanggan serta mengenakan bayaran RM100 hingga RM350 bagi setiap endorsmen,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN