fbpx
Ramanan ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Karnival LINDUNG Kerjaya MADANI di Bandar Sri Sendayan di Seremban hari ini. Foto oleh NUR SHARIEZA ISMAIL /KOSMO!

Skim LINDUNG 24 Jam bukan beban, pelaburan demi keselamatan pekerja – Ramanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Pelaksanaan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) atau LINDUNG 24 Jam di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan pencarum, sebaliknya merupakan satu bentuk perlindungan penting kepada pekerja dan keluarga mereka.

Menteri Sumber Manusia, R. Ramanan menegaskan, caruman skim itu adalah sebagai jaminan keselamatan sosial sekiranya pencarum ditimpa kemalangan atau hilang keupayaan bekerja, sama seperti kepentingan memiliki perlindungan insurans.

“Kalau kita lihat skim-skim ini sebagai satu beban, kita takkan rasa sehingga padah berlaku. Sebagai contoh di Sungai Buloh, berapa banyak kes minggu-minggu datang akibat kemalangan? Jatuh daripada motosikal, motosikal rosak, kaki patah, tangan patah, tak boleh jaga anak-anak, tak boleh jaga ibu bapa, tak boleh jaga warga emas yang ada di rumah.

“Kemudian, datang kepada kita. Kita yang menanggung beban mereka. Tapi pada masa itu, baru menyesal. Bila saya tanya, “Kenapa tidak carum PERKESO?” baru mereka menyesal.

“Jadi saya harap agar semua dapat mencarum. Ia adalah satu bentuk perlindungan. Apa-apa yang berlaku, sekurang-kurangnya ada keselamatan dan kita tidak boleh mengambil sikap mudah. Dia kena sentiasa ada, sama macam kita ada insurans perubatan,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Perasmian Karnival LINDUNG Kerjaya MADANI di Bandar Sri Sendayan di Seremban hari ini.

Beliau berkata, dalam tempoh sebulan pelaksanaan LINDUNG 24 Jam, setiap hari hampir 20 kes kemalangan dilaporkan kepada PERKESO untuk proses penyaluran faedah.

“Malah, kadar ini dijangka meningkat terutama apabila tiba musim perayaan kerana risiko kemalangan akan semakin meningkat,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN