fbpx
Azman (kanan) menabur bunga di pusara anaknya, Shahila sambila diperhati bekas isterinya, Suria di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram Manir, Kuala Terengganu hari ini.

Jenazah dua beradik lemas selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Jenazah dua beradik yang maut akibat lemas di Sungai Nerus kelmarin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jeram, Manir di sini sebentar tadi.

Upacara pengebumian Nur Shahila Shahirah Azman,12, dan kakaknya, Nur Afiqah Shahirah Mohd. Shawalludin,15, yang berlainan bapa selesai sepenuhnya pada pukul 3 petang.

Ibu beradik tersebut, Suria Sulung, 34, dan bapa Nur Shahila Shahirah, Azman Wahab, 43, antara 100 ahli keluarga, saudara mara dan penduduk kampung yang menyaksikan pengebumian tersebut.

Terdahulu jenazah Nur Shahila Shahirah dan Nur Afiqah Shahirah disolat di Surau
Saidina Umar Pasar Jeram, Manir di sini sebaik tiba dari Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA), Kuala Nerus.

Kosmo! Online semalam melaporkan Nur Shahila Shahirah dan Nur Afiqah Shahirah mati lemas sewaktu mahu menyelamatkan dua kawan mereka yang dibawa arus deras sungai pada pukul 3 petang.

Sebelum itu, mereka berempat yang masing-masing bersekolah di Sekolah Kebangsaan Banggol Peradong dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Haji Abdul Rahman Limbong beriadah dan mandi di tebing Sungai Nerus berhampiran Kampung Jeram Manir di sini.

Mayat dua beradik tersebut ditemui di dasar sungai dalam kedalaman enam meter tidak jauh dari lokasi kejadian pada pukul 6 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN