PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan hujan lebat melibatkan beberapa kawasan di Semenanjung, Sarawak dan Sabah hingga pukul 5 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataannya berkata, di Semenanjung, kawasan yang dijangka terlibat adalah Perak (Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Hulu Terengganu) dan Pahang (Raub, Jerantut, Bentong dan Rompin).
“Hujan lebat turut diramal berlaku di Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Kuala Lumpur, Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor (Segamat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru),” katanya.
Di Sarawak, cuaca buruk dijangka turut melanda Sri Aman, Betong (Betong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Song), Bintulu (Tatau) dan Limbang.
Di Sabah, amaran hujan lebat melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang dan Beaufort), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau, Kunak dan Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu).
MetMalaysia memaklumkan, amaran hujan lebat dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Jelasnya, amaran tersebut adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE















