fbpx
Zaini (duduk, tengah) bercakap pada sidang akhbar selepas Ops Selamat PaPa di Kota Bharu semalam. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

Influenza di Kelantan meningkat, 5 kluster sekolah asrama dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) mengesahkan berlaku peningkatan kes influenza di negeri ini membabitkan lima kluster yang dilaporkan melibatkan institusi pendidikan terutamanya sekolah berasrama.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, kesemua kluster yang dikenal pasti di sekolah berasrama itu mencatatkan sebanyak 514 kes.

“Sehubungan itu, penutupan asrama yang berada di bawah bidang kuasa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) boleh dilaksanakan sekiranya kesihatan pelajar terjejas.

“Pelajar yang bergejala dinasihatkan memakai pelitup muka bagi mengelak berlaku jangkitan kepada orang lain,” katanya pada sidang akhbar selepas Operasi Selamat Paru-paru (Ops Selamat PaPa) sempena Penguatkuasaan Sepenuhnya Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) di sini semalam.

Zaini memberitahu, pihak sekolah juga perlu memantau kesihatan pelajar dan memberi kefahaman kepada ibu bapa mrngenai peranan mereka dalam usaha mencegah penularan.

“Selain itu, tiada pesakit yang dimasukkan ke wad atau mengalami komplikasi serius,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN