fbpx
Gambar Muhammad Badrul (kanan) bersama anaknya.

Dua minggu tak tidur sebelum hentak kepala anak saudara guna tukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang lelaki yang menamatkan riwayatnya sendiri selepas memukul anak saudaranya dengan tukul hingga parah di Jelawat, Bachok kelmarin dipercayai tidak tidur selama dua minggu.

Bapa mangsa, Muhammad Badrul Remli, 31, berkata, dia tidak bertemu dengan abang iparnya sepanjang tempoh tersebut kerana suspek hanya berkurung dalam rumah kedai.

Katanya, lelaki itu dipercayai sudah lama terlibat dengan penagihan pil kuda selain pernah ditahan pihak berkuasa sebanyak dua kali.

“Sebelum ini, dia tidak pernah ganggu isteri dan anak-anaknya serta keluarga saya. Dia dikatakan tidak tidur malam sejak dua minggu lalu dan sering berhalusinasi sepanjang tempoh tersebut.

“Saya tidak menyangka dia sanggup memukul kepala anak saya (Muhammad Ammar) dengan tukul,” katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian, di sini semalam.

Tukang emas itu berkata, sebelum kejadian, dia sempat mengambil anaknya yang berusia tujuh tahun bersama dua anak saudara berusia lapan dan 14 tahun yang juga anak suspek dari sekolah.

Menurut lelaki itu, dia meninggalkan anaknya di rumah suspek kerana Muhammad Ammar mahu bermain bersama sepupunya.

“Selepas itu, saya keluar ke Kota Bharu kerana mempunyai urusan penting. Tidak lama kemudian, saya terkejut apabila terima panggilan daripada kakak memaklumkan Muhammad Ammar dipukul.

“Saya bergegas pulang dan membawa anak berlumuran darah ke Klinik Kesihatan Bachok. Disebabkan kecederaan serius yang dialami, Muhammad Ammar perlu dihantar ke HPUSM,” ujarnya.

Muhammad Badrul berkata, kakaknya yang ditahan bagi membantu siasatan sudah dibebaskan dengan jaminan polis pukul 4 petang semalam.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan, seorang lelaki menamatkan riwayatnya sendiri selepas memukul anak saudaranya hingga parah dengan sebatang tukul dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Jelawat di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, suspek menggantung dirinya pada sebatang pokok ru di Pantai Melawi di sini, manakala mangsa berada dalam keadaan kritikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN