fbpx
Allahyarham Zara Qairina

Sukar kenal pasti masa penulisan Zara Qairina – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Pasukan peguam mewakili ibu Allahyarham Zara Qairina menghadapi cabaran untuk mengenal pasti masa penulisan dokumen milik arwah kerana kebanyakan tulisan remaja itu tidak disertakan dengan tarikh.

Peguam Mohd. Syarulnizam Mohd. Salleh berkata, terdapat dokumen seperti buku diserahkan kepada pakar forensik untuk diteliti.

“Tetapi sebahagiannya belum sempat ditender kepada mahkamah serta dianalisis oleh Jabatan Kimia. Oleh itu, kita tambah semua dokumen ini supaya ia bersifat serentak dan ada kesinambungan.

“Kita perlukan kesahihan dari setiap gaya tulisan. Itulah antara cabaran yang kita hadapi berdasarkan analisis dari Dr Linthini Gannetion (SD Forensic Document Services) pada minggu lalu sangat ketara dan saya fikir ini akan jadi cabaran kita.

“Kebanyakan tulisan-tulisan arwah tidak menggunakan tarikh. Cuma tarikh itu ada susun kronologi,” katanya. – KOSMO1 ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI