fbpx
Fong Chiew dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh bagi lima pertubuhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan sejak tahun lalu.

Tukang cat tidak mengaku nodai anak kenalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

IPOH – Seorang tukang cat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Seksyen di hari ini atas lima pertuduhan merogol dan melakukan seks luar tabii terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun lapan bulan, sejak tahun lalu.

Tertuduh, Lee Fong Chiew, 60, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan dalam bahasa Kantonis di hadapan Hakim Jean Sharmila Jesudason.

Mengikut pertuduhan, bapa kepada lima anak itu didakwa merogol kanak-kanak terbabit dalam tiga kejadian berasingan di sebuah rumah di Taman Hoong Chan, Kampar masing-masing pada pukul 5 petang pada 9 September 2024, 10 September 2024 (8.30 malam) dan 1 Ogos 2025 (7 malam).

Tertuduh juga didakwa bagi dua pertuduhan melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa di lokasi sama pada pukul 5 petang pada 9 September 2024 dan 3 petang pada 24 April 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI