fbpx
SEN TIAN (kanan) mengaku tidak bersala atas dua pertuduhan menggunakan label produk salah di Mahkamah Sesyen, Johor Bahru hari ini. Foto oleh BAZLAN IBRAHIM/ KOSMO!

Pengarah, syarikat dituduh guna label produk salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang pengarah syarikat dan syarikatnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan di bawah Akta Petunjuk Geografi 2022, pendakwaan yang pertama seumpamanya di negara ini.

Orang kena saman (OKS), Lim Sen Thiam, 53, yang turut mewakili syarikat KK Tanom Coffee Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah bagi dua pertuduhan menggunakan petunjuk geografi yang salah pada pembungkus tanpa persetujuan.

Lelaki itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut kertas pertuduhan, OKS sebagai pengarah syarikat tersebut didakwa menggunakan dengan salah petunjuk geografi iaitu ‘KK Tanom Coffee’ pada plastik pembungkus Uncang Kopi-‘O’ 2 in 1 Kopi-O Kow 240 gram sebanyak 1,368 unit.

Ia secara tidak langsung merujuk kepada petunjuk geografi berdaftar iaitu ‘Tenom Coffee’ tanpa persetujuan tuan punya berdaftar petunjuk geografi itu.

OKS didakwa mengikut Seksyen 67(1)(b) Akta Petunjuk Geografi 2022 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 34(3)(b) akta sama, manakala syarikat itu pula didakwa mengikut Seksyen 34(3) Akta Petunjuk Geografi 2022 dan boleh dihukum di bawah seksyen 34(3)(a) akta sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Muhammad Hakiim Izani dan Nur Sulehan Abd. Rahman, manakala peguam YX Ching mewakili OKS.

Mahkamah membenarkan OKS diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin tempatan tanpa sebarang syarat tambahan serta kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 8 Oktober ini bagi serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN