fbpx
Keadaan sebuah kereta jenis Toyota Vios yang remuk selepas terlibat kemalangan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Foto JSPT KL

Pemandu mabuk langgar mati suami isteri dituduh membunuh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki yang ditahan selepas dipercayai memandu kereta dalam keadaan mabuk sehingga mengorbankan nyawa sepasang suami isteri di Jalan Ampang, di sini pada 2 Mei lalu dijangka didakwa di mahkamah esok.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, suspek akan dituduh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi esok atas dua pertuduhan iaitu menyebabkan kematian terhadap A. Doraisingam dan A. Menagah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 5.34 pagi itu, mangsa, Doraisingam, 61, dan isterinya, Menagah, 56, disahkan maut di lokasi selepas motosikal yang ditunggang mereka dilanggar sebuah kereta.

Difahamkan, ketika kejadian, mendiang Doraisingam dalam perjalanan menghantar isterinya ke tempat kerja di Hospital Gleneagles yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kemalangan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN