BERGEGAR media sosial apabila pelakon Faezah Elai ‘menyembur’ netizen selepas sabar lama menelan sindiran. Pada usia 43 tahun, tubuh langsingnya menjadi topik hangat hingga ada mempersoal terlalu kurus. Lebih menyedihkan, dia dihujani kecaman tanpa empati.
“Yang nak dakap saya, suami saya. Dia tak mengadu pun, awak semua sibuk kenapa?
“Berat 43 kilogram itu saya, yang peluk tu suami saya, bukan suami awak semua.
“Awak tak payah kurus, makan saja. Biar saya saja kurus. Sakit hati pula,” katanya tegas.
Diva setuju dengan Faezah, gemuk salah, kurus pun salah. Biarlah Faezah bahagia dengan pilihannya, tak perlu menyibuk.
DIVA: Tak sabar menanti buah tangan Fazura hasil ciptaan Aiman Sidek, harap meletup sampai ke pentas AJL!














