fbpx
Pesawat itu tergelincir dari landasan semasa berlepas dari Lapangan Terbang Split baru-baru ini. - The Online Citizen

Penumpang cemas, Airbus terbabas, langgar lampu 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ZAGREB – Penumpang penerbangan Croatia Airlines berdepan detik cemas apabila pesawat dinaiki mereka terbabas semasa berlepas dari sebuah lapangan tebang di Croatia, lapor akhbar Times of India. 

Kejadian melibatkan pesawat jenis Airbus A220-300 ketika berlepas dari bandar Split menuju Frankfurt, baru-baru ini. 

Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan pesawat  tergelincir dari landasan sebelum berhenti di atas kawasan berumput. 

Semua 130 penumpang dan lima anak kapal dipindahkan dengan selamat dan tiada kecederaan dilaporkan. 

“Pesawat Airbus A220-300 milik Croatia Airlines dibatalkan perlepasan di Lapangan Terbang Split. 

“Berdasarkan maklumat awal, perlepasan dibatalkan selaras dengan prosedur keselamatan. Penumpang  diturunkan dan akan menerima bantuan untuk meneruskan perjalanan,” kata Croatia Airlines. 

Pihak berkuasa Lapangan Terbang Split berkata, pesawat itu rosak selepas melanggar lampu di tepi landasan dan papan tanda menegak semasa berlepas. 

Lapangan Terbang Split ditutup sementara ketika pasukan tindak balas kecemasan dan kru teknikal berusaha mengalihkan pesawat serta memeriksa landasan bagi sebarang kerosakan.

Siasatan giat dijalankan untuk mengenal pasti punca insiden tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN