fbpx
Gambar hiasan

Bapa tiri tidak mengaku peluk, ‘sentuh’ anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang bapa tiri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuannya berusia 15 tahun pada Julai lalu.

Tertuduh berusia 33 tahun yang bekerja sebagai pemasang khemah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal ke atas kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun sembilan bulan dengan cara memeluk dari belakang seterusnya memegang buah dada dan kemaluan mangsa.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta yang sama.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Norazihah Asmuni menawarkan jaminan RM40,000 dengan syarat tambahan.

Norazihah memaklumkan kepada mahkamah bahawa tertuduh merupakan bapa tiri mangsa dan selepas kejadian mangsa dijaga oleh bapa kandungnya yang tinggal di Kuantan, Pahang.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM12,000 dengan syarat tambahan melapor diri di balai polis sekali sebulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak menganggu saksi sehingga kes selesai.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 14 Oktober depan untuk lantikan peguam dan serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN