fbpx
Sistem imun bayi yang baru lahir masih lemah berbanding orang dewasa. – Gambar hiasan

5 risiko cium dan sentuh bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELIHAT bayi yang baru lahir membuatkan sesiapa sahaja teruja untuk menyentuh dan menciumnya. Namun sebelum berbuat demikian, pastikan anda berada dalam keadaan sihat dan membersihkan diri terlebih dahulu. Sebolehnya, elakkan menciumnya, melainkan itu bayi anda sendiri.

Perlu diingat, sistem imun bayi yang baru lahir masih lemah dan mereka tidak berupaya melawan virus daripada orang dewasa, terutama apabila anda menciumnya tanpa mengambil langkah-langkah keselamatan.
Sehubungan itu, K-Wanita kongsikan lima risiko yang bakal terjadi akibat perbuatan mencium dan menyentuh bayi.

1.Penyakit tangan, kaki dan mulut

ANTARA virus yang ditakuti menjangkiti bayi akibat sentuhan atau ciuman adalah penyakit tangan, kaki, dan mulut (HFMD). Sistem imun bayi masih lemah dan belum matang sepenuhnya berbanding kanak-kanak yang lebih besar atau orang dewasa.

Sebab itu, bayi lebih mudah dijangkiti penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dan HFMD. Oleh itu, pastikan tangan dan pakaian bersih sebelum menyentuh bayi dan menjauhkan diri jika ada tanda-tanda sebarang jangkitan virus.

2. Jangkitan virus RSV

MENCIUM bayi juga boleh mendatangkan masalah seperti virus sinsitial respiratori (RSV). Virus ini menyerang golongan lemah imun seperti bayi, kanak-kanak kecil dan warga emas.
Jangkitan RSV perlu dipandang serius kerana boleh membawa maut. Virus tersebut boleh disebarkan melalui batuk, bersin atau ciuman.

Jadi, penting untuk mengingatkan orang ramai, walaupun mengalami selsema ringan atau baru pulih daripada jangkitan sinus, mereka perlu menjauhkan diri daripada bayi.

3. Kerentanan sistem imun

SEPERTI yang kita semua ketahui, sistem imun bayi yang masih lemah membuatkan si kecil mudah terdedah kepada penyebaran virus, maka jangan ambil ringan akan hal ini dan meletakkan anak anda dalam bahaya.

Sebolehnya, jangan biarkan anak anda dipegang atau dicium jika langkah kebersihan tidak diambil kerana tubuh bayi yang masih lemah tidak mampu melawan serangan kuman atau virus sehingga mudah dijangkiti penyakit atau mengalami komplikasi lebih serius apabila sakit.

4. Reaksi alahan

BAYANGKAN, alahan boleh merebak dengan mudah daripada seorang individu ke individu yang lain hanya dengan berada berdekatan. Malah, boleh menjadi sangat berbahaya apabila berciuman.

Di samping itu, menggunakan sudu sama yang digunakan oleh orang dewasa sebenarnya menjadi ‘jambatan’ pemindahan kuman atau virus kepada bayi.

Begitu juga jika produk yang dipakai terkena pada bayi baru lahir akan mendedahkan mereka kepada bahaya virus dan alahan.

5. Pemindahan herpes

PALING ditakuti adalah apabila seseorang mencium bayi anda, mereka memindahkan virus herpes yang menjangkiti bahagian mulut serta muka.

Akibatnya, bayi anda bukan sahaja mendapat lepuh di sekitar mulut tetapi boleh merebak ke bahagian badan lain termasuk otak mereka. Sehubungan itu, lindungi anak anda daripada dicium terutama ketika baru sahaja lahir demi masa hadapan bayi anda.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN