fbpx
Dua suspek yang ditahan polis bantuan KTMB di Kedah Line dan Tasik Subang Jaya, hari ini.

KTMB ‘cekup’ dua lelaki disyaki curi kabel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Polis Bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berjaya menahan dua suspek dalam dua operasi berasingan membabitkan kes kecurian kabel di laluan Kedah Line dan Tasik Subang Jaya, hari ini.

KTMB menerusi kenyataan berkata, di KM 10.30 Kedah Line (Tasek Gelugor – Sungai Petani), seorang suspek berjaya ditahan manakala seorang lagi berjaya melarikan diri.

Kata kenyataan itu, pelbagai barang bukti termasuk kabel KTMB dan peralatan pemotong telah dirampas dalam operasi tersebut.

“Di KM 14.706 Tasik Subang Jaya pula, seorang lagi suspek berjaya diberkas bersama beberapa kabel yang telah dipotong serta dua kenderaan yang disyaki digunakan.

“Kesemua suspek dan barang kes telah diserahkan kepada PDRM untuk siasatan lanjut,” katanya.

Perbuatan berkenaan adalah kesalahan serius di bawah Akta Keretapi 1991 (Akta 463) dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi 03-2263 1194 (24 jam) atau Polis Diraja Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN