fbpx
Mohamad pada Majlis Karnival Kemerdekaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pinggiran Senawang di sini, hari ini.

‘Niat kita mungkin baik tetapi ia boleh beri gambaran negatif’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) dinasihatkan agar membawa sebarang pandangan atau hasrat ke mesyuarat tertinggi bukannya di platform media sosial

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, BN mempunyai platform rasmi yang menjadi forum gabungan parti komponen termasuk UMNO, MCA, MIC dan parti lain untuk menyampaikan pandangan serta cadangan.

“Saya ingin memberi satu nasihat sahaja, sekiranya ada apa-apa pandangan atau hasrat, bawalah ia ke dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN. Tidak perlu bercakap di luar kerana kadangkala kenyataan boleh disalah tafsir atau dianggap hasutan.

“Niat kita mungkin baik, tetapi bila disuarakan di luar, ia boleh memberi gambaran negatif atau merosakkan suasana dalam BN itu sendiri,” katanya ketika ditemui pada Majlis Karnival Kemerdekaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Pinggiran Senawang di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Biro Media MIC Kebangsaan, L Siva Subramaniam yang menegaskan MIC tidak sanggup lagi menjadi pemerhati bisu dalam landskap politik yang semakin meminggirkan suara mereka.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN