fbpx
Kediaman keluarga yang dihuni pasangan guru di Taman Tunas Muda, Sungai Ara.

Keluarga pasangan guru kerap buat makan-makan -Jiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Jiran kepada pasangan guru yang cedera dalam kejadian pergaduhan suami isteri pagi tadi mendakwa keluarga mangsa kerap menganjurkan jamuan makan di rumah di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini.

Individu itu yang enggan dikenali berkata, mereka tidak menyangka kejadian tersebut menyebabkan pasangan suami isteri terbabit cedera parah.

“Saya nampak banyak motosikal di depan rumah mereka pagi tadi, ingatkan ada (majlis) makan-makan sebab keluarga mereka selalu buat jamuan keluarga. Ramai adik beradik mai (datang).

“Saya terkejut bila nampak kereta polis berhenti di depan rumah. Kami jarang nampak pasangan tersebut dan kami tak tau (tahu) apa yang berlaku sebenarnya.

“Sebelum ini, mereka bertiga ada bawa anak jalan-jalan waktu petang di depan rumah, tetapi rasanya sudah lama tak nampak (riadah),” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi tadi, seorang wanita cedera dikelar pada leher dipercayai dilakukan suaminya dengan menggunakan sebilah pisau yang diambil dari dapur.

Suspek yang juga suami mangsa berusia 30 tahun turut mengelar leher dan pergelangan tangan kirinya dengan menggunakan senjata tajam yang sama.

Pasangan itu yang bekerja sebagai guru di sebuah sekolah di daerah Timur Laut kini menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI