fbpx
MUHAMMAD NUR HAKIM didakwa merogol dan melakukan amang seksual terhadap murid tahun enam di lorong sebuah taman perumahan di Batu Pahat, 30 Julai lalu.

Baru kenal dah ‘rasa’ budak 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Seorang pelajar sebuah institusi kemahiran yang sedang menjalani latihan industri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan merogol dan amang seksual murid perempuan tahun enam yang baru beberapa jam dikenalinya.

Tertuduh, Muhammad Nur Hakim Mohd Laili, 20, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua empat pertuduhan yang dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa merogol dan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 12 tahun di lorong sebuah taman perumahan di Batu Pahat, antara pukul 11.10 malam hingga 12 tengah malam, 30 Julai lalu.

Kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 (a), (b) dan (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017.

Kedua-dua seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan bagi setiap pertuduhan dikenakan terhadapnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh diwakili peguam, Nor Hafizah Abdullah.

Terdahulu, pihak pendakwaan menawarkan ikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan serta syarat tambahan.

Selepas mendengar rayuan dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah membenarkan ikat jamin RM20,000 bagi kesemua pertuduhan.

Selain itu, mahkamah memerintahkan tertuduh melapor diri di balai polis berhampiran dan tidak mengganggu saksi pendakwaan terutama mangsa hingga kes selesai.

Kes disebut semua 23 September ini untuk serahan dokumen.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI