fbpx
Seorang tetamu melihat mesin undian yang akan digunakan dalam pilihan raya di Yangon pada 5 September 2023. - AFP

Pilihan raya Myanmar 28 Disember depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NAYPYIDAW – Junta Myanmar berkata hari ini bahawa pilihan raya yang telah lama dijanjikan akan bermula pada 28 Disember depan ketika perang saudara yang sengit meletakkan sebahagian besar negara itu di luar kawalannya.

Myanmar dilanda konflik perang saudara sejak tentera menggulingkan kerajaan demokratik pimpinan Aung San Suu Kyi pada 2021.

Beberapa kawasan di negara itu berada di luar kawalan junta dan ditadbir oleh sejumlah gerila pro demokrasi serta kumpulan etnik bersenjata yang berikrar untuk menyekat pengundian di kawasan mereka.

“Fasa pertama pilihan raya umum demokrasi berbilang parti bagi setiap Parlimen akan bermula pada Ahad, 28 Disember 2025,” kata Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan Myanmar dalam satu kenyataan.

“Tarikh untuk fasa seterusnya akan diumumkan kemudian,” tambahnya.

Junta yang diketuai Min Aung Hlaing menggembar-gemburkan pilihan raya sebagai cara untuk menamatkan konflik dan menawarkan ganjaran wang tunai kepada pejuang pembangkang yang sanggup meletakkan senjata mereka sebelum pengundian.

Bagaimanapun, ketika Suu Kyi kekal dipenjarakan, ramai ahli Parlimen pembangkang yang digulingkan oleh rampasan kuasa mahu memboikot pengundian.

Seorang pakar PBB menyifatkan undian itu sebagai sandiwara yang direka untuk menjenamakan semula pemerintahan tentera yang berterusan.

Menurut penganalisis, undian boleh menyebabkan lebih banyak perpecahan dalam susunan kumpulan pembangkang yang sudah sedia berpecah-belah.

Bancian yang diadakan tahun lalu sebagai persediaan untuk pilihan raya mendapati, ia gagal mengumpul data 19 juta daripada 51 juta penduduk negara itu. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI