fbpx
Gambar hiasan

Penunggang motosikal maut langgar lori arah bertentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Seorang lelaki maut apabila motosikal yang dia tunggang memasuki arah bertentangan sebelum terbabas melanggar sebuah lori di KM57 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, malam tadi.

Mangsa berusia 23 tahun yang terseret kira-kira 60 meter di hadapan lori sebelum terbakar, disahkan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ibrahim Husin berkata, kaunter aduan trafik menerima laporan kira-kira pukul 9.45 malam.

Katanya, kejadian berlaku ketika lori yang dipandu lelaki berusia 73 tahun bersama isteri dalam perjalanan dari Kedah menuju ke Batang Kali dengan membawa muatan buah nangka madu.

“Apabila tiba di jalan tersebut, tiba-tiba sebuah motosikal dari arah bertentangan masuk ke laluan lori.

“Motosikal tersebut melanggar bahagian hadapan lori dan mengakibatkan pemandu lori tidak sempat brek. Motosikal mangsa terseret di hadapan lori sebelum terbakar,” katanya dalam kenyaraan hari ini.

Ibrahim berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal disahkan maut di tempat kejadian sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat.

“Pemandu lori mengalami kecederaan ringan pada kaki manakala penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Siasatan dijalankan di bawah Selsyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Pihak polis meminta orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan kemalangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Sebarang maklumat boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Nurul Anati Zulkifli di talian 03-60641222 atau mana-mana balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI