fbpx
JET tempur F-35 terhempas di California. - Foto AFP/KSEE

Jet tempur F-35 milik tentera AS terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Sebuah jet pejuang F-35 terhempas di kawasan ladang di negeri California  petang semalam, menyebabkan kebakaran di kawasan seluas empat hektar, lapor portal berita MailOnline.

Pangkalan Udara Tentera Laut  di Lemoore mengesahkan bahawa juruterbang terbabit selamat apabila dia mengaktifkan kerusi anjal.

Jet tempur skuadron ‘Rough Raiders’ itu terhempas sekitar pukul 6.35 petang (waktu tempatan)  di sebuah ladang di daerah Fresno, demikian menurut seorang jurucakap.

‘Rough Raiders’ ialah skuadron Tentera Laut Amerika Syarikat yang melatih juruterbang untuk menerbangkan pesawat F-35.

Kemalangan tersebut mencetuskan kebakaran rumput di kawasan sekitar dan telah merebak, kata Jabatan Bomba California.

Punca nahas masih dalam siasatan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI