GAMBAR menunjukkan Permaisuri Suthida mengendalikan jet pejuan Gripen secara solo. – PR THAI GOVERNMENT/FACEBOOK.

Permaisuri Thai pandu jet pejuang Gripen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BANGKOK – Monarki Thailand, Permaisuri Suthida menerbangkan jet pejuang Gripen secara solo buat kali pertama, kata pihak istana hari ini, sambil disaksikan suaminya, Raja Vajiralongkorn yang juga juruterbang berpengalaman.

Permaisuri berusia 48 tahun itu berlepas dengan menaiki jet JAS 39C tempat duduk tunggal dari pangkalan udara di wilayah Surat Thani, Selatan Thai semalam.

Penerbangan itu menyusuli latihan simulator selama berminggu-minggu di pangkalan sama dan kira-kira 10 jam di dalam jet Gripen dua tempat duduk, demikian menurut laporan  media.

Bekas pramugari Thai Airways yang berkahwin dengan Raja Vajiralongkorn pada 2019 itu mula mengendalikan pesawat pada 2010 dan telah mencatatkan hampir 1,190 jam masa penerbangan.

Permaisuri Suthida kerap terbang sebagai pembantu juruterbang bersama Raja Vajiralongkorn dalam lawatan diraja, termasuk mendarat di lapangan terbang Paro yang terkenal sukar di Bhutan, kata laporan itu.

Thailand memiliki skuadron jet pejuang Gripen C/D buatan Sweden.

Pada tahun lalu, Bangkok menandatangani perjanjian untuk membeli tiga jet Gripen E dan satu Gripen F bernilai kira-kira AS$556 juta (RM2.2 bilion), dengan penghantaran dijangka menjelang 2030. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN