fbpx
MOHD. HAZIMIN (kiri) memeriksa LPG bersubsidi yang dirampas dalam serbuan di sebuah stor di Malim Jaya, Melaka. - Pix/ MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI

Tak sempat pindah gas, stor seleweng LPG diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi membabitkan nilai rampasan berjumlah RM40,000, semalam.

Dalam serbuan kira-kira pukul 7 malam itu, sepasukan anggota penguat kuasa menyerbu sebuah stor di Malim Jaya di sini dan telah menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 23 dan 24 tahun dipercayai pekerja di premis tersebut.

Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Melaka, Dr. Mohd. Hazimin Jamaludin berkata, ketika serbuan kesemua individu terbabit sedang melakukan proses pemindahan gas bersubsidi 14 kilogram (kg) ke dalam tong gas industri 50 kg.

Katanya, sebanyak 107 tong LPG 14 kg pelbagai jenama serta 59 tong LPG 50 kg dan 20 unit hos getah ditemui dalam premis tersebut.

“Premis ini dipercayai beroperasi sejak sebulan lalu dan waktu operasi sindiket adalah pukul 7 malam hingga awal pagi bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan.

“Mereka menggunakan hos penyambung yang direka khas bersama cerek, air panas dan ais dipercayai untuk mempercepatkan proses pemindahan gas dan ini sangat berbahaya kerana boleh berlakunya letupan besar,” katanya pada sidang akhbar Op Gasak 2025 di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN