PONTIAN – Penantian selama 17 tahun sepasang suami isteri warga emas untuk menunaikan haji berakhir selepas mereka menerima khabar gembira terpilih menunaikan haji tahun ini. Mohd. Noh Bono, 72, dan isteri, Endon Basri, 66, menyifatkan saat menerima mesej kelulusan rayuan Tabung Haji (TH) sebagai saat paling menggembirakan dalam hidup mereka. Kata Mohd. Noh, mereka hampir hilang harapan apabila nama masih belum tersenarai sebagai bakal jemaah haji 2026, sebelum mengambil keputusan membuat rayuan pada saat akhir. “Seperti satu keajaiban, seminggu selepas…














