CAMERON HIGHLANDS – Peniaga sayur di Kea Farm di sini mengakui terhimpit apabila terpaksa menyesuaikan harga jualan susulan kenaikan harga diesel yang memberi kesan langsung kepada kos operasi mereka. Seorang peniaga, Shamala Devi, 55, berkata, harga sayur berdaun seperti sawi dan kailan mengalami kenaikan ketara kepada lebih RM4 berbanding RM2.50 sekilogram sejak dua minggu lalu. “Sebelum ini harga sayur berdaun adalah sebanyak RM2.50 sekilogram, sekarang RM4.30. Itu baru sawi dan kailan, belum lagi tomato, terung dan lain-lain. “Bagi menampung kos,……














