fbpx
TANGKAP layar operasi dijalankan PPA JAIM terhadap penjawat awam yang disyaki berkhalwat dengan seorang wanita yang juga bekas rakan sekerjanya dalam serbuan di sebuah rumah di Peringgit di sini, tengah malam tadi. - Foto JAIM

Penjawat awam berkhalwat dengan bekas rakan sekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – Seorang penjawat awam ditahan selepas disyaki berkhalwat dengan wanita yang juga bekas rakan sekerjanya dalam serbuan di sebuah rumah di Peringgit di sini, tengah malam tadi.

Serbuan itu dijalankan oleh Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan maklumat awam berhubung aktiviti mencurigakan di premis berkenaan.

Menurut sumber, ketika serbuan dilakukan, wanita berusia 40 tahun itu membuka pintu dan mendakwa dia berada seorang diri di dalam rumah tersebut.

Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut membawa kepada penemuan seorang lelaki yang keluar dari bilik dalam keadaan lengkap berbaju T dan berkain pelikat.

“Wanita terbabit dipercayai cuba mengaburi mata pegawai penguat kuasa kerana panik dengan kehadiran mereka. Namun, hasil pemeriksaan rapi mendapati terdapat seorang lelaki yang bersembunyi di dalam rumah berkenaan,” katanya.

Tambahnya, lelaki tersebut yang merupakan pegawai atasan dilihat tenang ketika disoal siasat dan memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

“Lelaki itu mengaku sudah berkahwin dan masih mempunyai isteri, namun mendakwa wanita tersebut adalah bekas rakan sekerjanya,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN