PROGRAM memasak lemang melibatkan kaum Melayu, Cina dan India yang berlangsung di Parlimen Kota Raja, Klang, Selangor baru-baru ini dilihat mampu mewujudkan perpaduan jitu. Lemang sebagai makanan tradisi orang Melayu yang sinonim dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha sememangnya sudah terkenal dalam kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Sempena bulan Syawal tahun ini, satu program istimewa memasak lemang melibatkan pelbagai kaum telah diterajui oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Klang. Menurut Pegawai Perpaduan Daerah……














