fbpx
Palace Of The Golden Horses

Lagi sambutan ulang tahun Dr Mahathir Isnin ini di Palace Of The Golden Horses

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengasas Palace of The Golden Horses, Lee Kim Yew akan menganjurkan sebuah majlis sambutan ulang tahun Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang ke-100 tahun pada Isnin ini.

Bertempat di hotel tersebut, sambutan ulang tahun bertemakan 100 ke 100: Dari Abad ke Abad itu juga akan melancarkan projek visi Nasional Malaysia 2057 dan juga pengumuman sumbangan RM100 juta untuk penubuhan Dana Pemikiran Istana Kuda Emas.

Menurut beliau, majlis tersebut mungkin akan hanya dihadiri oleh beberapa ratus tetamu tetapi pihaknya mahu mengundang kesemua 33 juta rakyat Malaysia dalam semangat masing-masing tidak kira sebagai seorang pelajar, pekerja, usahawan, penjawat awam ataupun seniman.

“Luangkan satu minit sahaja, fikirkan tentang masa depan Malaysia, fikirkan masyarakat yang akan diwarisi oleh anak-anak kita, fikirkan bagaimana kita boleh mengubah krisis menjadi peluang, rasa marah menjadi kasih dan dan arah menjadi tindakan.

“Dengan semangat seorang tokoh berusia seratus tahun, mari kita sama-sama mengangkat janji untuk seratus tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sebuah surat terbuka untuk negara sejarah dan masa depan bersempena hari lahir Mahathir baru-baru ini.

Kim Yew menjelaskan, Falsafah 100 bukan sekadar sebagai slogan, tetapi sebagai kebenaran yang dihayatinya.

Menurut beliau, dalam angka 100, angka 1 melambangkan kesihatan, keyakinan, integriti dan arah manakala angka 0 melambangkan  kuasa, kekayaan, kemasyhuran dan jawatan.

“Jika angka 1 hilang, maka semua 0 tidak bermakna tetapi jika 1 dikekalkan, maka setiap 0 itu mendapat nilainya.

“Mahathir telah menjaga 1 itu seumur hidupnya, saya berharap  perjuangan ini akan menyemarakkan semangat generasi muda,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI