fbpx
SAMBUTAN hari jadi ke-36 cukup istimewa buat Izzue apabila menerima hadiah Nissan GT-R R35 daripada isteri tercinta, Awin Nurin, semalam.

Kejutan hari jadi, Izzue Islam dapat Nissan GT-R R35

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Diraikan sempena ulang tahun kelahiran ke-36, penyanyi dan pelakon Izzue Islam menerima hadiah Nissan GT-R R35 daripada isterinya, Awin Nurin, semalam.

Kejutan bermula sebaik sebuah lori pameran berkaca yang membawa kereta tersebut tiba di hadapan sebuah premis tempat sambutan ulang tahunnya.

Izzue atau nama lengkapnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, gagal menyembunyikan rasa teruja sebaik melihat ‘isi’ trak berkenaan yang turut dihiasi riben hiasan gergasi.

Disertai beberapa rakan terdekat, Izzue bersama Awin turut merakamkan momen manis di hadapan kenderaan tersebut.

Lebih istimewa, pasangan terbabit meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 serentak dengan hari jadi Izzue ada tarikh sama iaitu 2 Jun.

Menerusi semakan Kosmo! Online, harga Nissan GT-R R35 model baharu tahun 2023-2024 adalah antara RM630,000 hingga RM750,000, manakala model recond (terpakai) melebihi RM300,000.

Terdahulu, Izzue bergelar suami kepada Awin atau Nurinafilah Waharudin merangkap pengurusnya pada 2 Jun 2013. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN