fbpx
PENGANJUR konsert Isyana Sarasvati Live in Kuala Lumpur menerusi hantaran dalam akaun media sosial memaklumkan terpaksa membatalkan acara itu berikutan jualan tiket tidak memberangsangkan. - M. FIRDAUS M. JOHARI

Tiket tak laku, konsert Isyana Sarasvati di Kuala Lumpur batal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Hasrat peminat tempatan menyaksikan persembahan solo penyanyi dan komposer terkenal Indonesia, Isyana Sarasvati di Kuala Lumpur tidak kesampaian apabila konsert Isyana Sarasvati Live in Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung pada 17 Julai ini secara rasmi dibatalkan.

Pengumuman itu dibuat pihak penganjur menerusi hantaran dalam akaun media sosial rasmi mereka yang memaklumkan keputusan tersebut terpaksa dibuat berikutan jualan tiket gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.

Dalam kenyataan itu, penganjur menjelaskan pembatalan konsert bukanlah sesuatu yang diinginkan, namun keadaan semasa tidak memungkinkan acara itu diteruskan seperti dirancang.

“Kepada semua peminat yang menantikan konsert ini, kami dengan rendah hati ingin memohon maaf kerana terpaksa membatalkannya berikut jualan tiket tidak mencapai sasaran.

“Meskipun keputusan ini amat sukar dibuat, kami berharap dapat membawa Isyana kembali ke Kuala Lumpur pada masa akan datang.

“Semua pembeli akan menerima maklumat lanjut mengenai proses pemulangan semula wang melalui emel dalam waktu terdekat.

“Terima kasih kerana memahami dan sokongan yang berterusan selama ini,” tulis mereka dalam kenyataan itu.

Terdahulu, Isyana menghadiri acara promosi konsert tersebut dua minggu lalu dan meluahkan rasa teruja dapat bertemu semula peminatnya di Kuala Lumpur selepas kali terakhir membuat persembahan di sini pada 2023.

Selain mempromosikan konsert, kehadiran Isyana ke sini juga adalah untuk mempromosikan album terbaharunya berjudul Eklektiko. – HIBGLAM

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN