fbpx
MARQUEZ mencipta sejarah sebagai pelumba pertama Ducati memenangi lima kemenangan berturut-turut selepas menjuarai GP Rep. Czech. - AFP

Marquez cipta sejarah baharu Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BRNO, Republik Czech – Marc Marquez semakin sukar digugat dalam misi memburu gelaran dunia Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2025 apabila meraih kemenangan kelima berturut-turut musim ini selepas mengungguli Grand Prix (GP) Rep. Czech semalam.

Pelumba Ducati itu telah melakar lapan kemenangan sepanjang 12 perlumbaan musim ini sekali gus mengukuhkan cengkamannya dalam carta kejuaraan dengan 381 mata, meninggalkan adiknya, Alex Marquez yang terjatuh di Brno dengan kelebihan 120 mata.

Seorang lagi pencabar yang juga rakan sepasukannya, Francesco Bagnaia kini ketinggalan jauh apabila mengumpul 168 mata di tangga ketiga selepas sekadar meraih tempat keempat.

“Satu-satunya keutamaan adalah untuk muncul juara dunia. Secara jujur, saya boleh kalah. Tapi mentaliti saya tetap sama iaitu menyerang di setiap perlumbaan untuk mencipta kemenangan.

“Masih ada 10 perlumbaan lagi. Saya perlu mengekalkan mentaliti yang sama dan pasukan juga perlu teruskan semangat ini serta berikan yang terbaik.

“Soal rekod, saya tak kisah. Saya cuma mahu jadi juara dunia sekali lagi,” katanya.

Kejayaan di Brno menjadikan Marquez pelumba Ducati pertama dalam sejarah melakar lima kemenangan perlumbaan GP berturut-turut dan menambah koleksi kemenangan karier kepada 70 perlumbaan, menjadikannya individu MotoGP kedua paling berjaya.

Meskipun perlumbaan memasuki cuti musim panas dengan kelebihan mata yang besar, namun Marquez menegaskan dia tidak akan mula berlumba secara berhati-hati semata-mata mahu mengekalkan kedudukan teratas.

“Dari segi mentaliti, untuk habiskan musim dengan hanya kawal mata, itu bukan cara saya. Kalau saya boleh menyerang, saya akan terus lakukannya di setiap perlumbaan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI