fbpx
HAKIM Danish terus bersemangat untuk memburu satu lagi podium di GP Hungary selepas meraihnya di Mugello minggu lalu. - FB ZK RACING

GP Hungary: Danish mahu ‘pecut’ awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PELUMBA Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli menegaskan dia tidak boleh menunggu lama bagi menyesuaikan diri dengan keadaan Litar Balaton Park menjelang Grand Prix (GP) Hungary hujung minggu ini.

Sebaliknya, pelumba berusia 19 tahun itu sedia untuk memberikan segala-galanya sejak sesi latihan bebas lagi bagi memastikan dia dapat menyesuaikan diri dengan selok-belok litar berkenaan.

Danish berkata, dia mahu tampil kompetitif di Hungary bagi memastikan momentum terbaik terus kekal selepas mencipta sejarah menamatkan perlumbaan GP Itali minggu lalu di kedudukan ketiga.

“Persiapan saya untuk perlumbaan minggu ini berjalan lancar dan saya sentiasa memastikan rutin latihan diteruskan dengan konsisten. Sebaik tamat perlumbaan lalu, saya terus kembali ke Sepanyol dan mengkaji semula video perlumbaan.

“Mengenai Litar Balaton Park, ia merupakan litar baharu untuk saya. Saya akan buat yang terbaik bagi menyesuaikan diri dengan cepat, jadi saya akan kompetitif sejak awal bermula di sesi latihan bebas pertama,” katanya.

Sementara itu, pada perlumbaan di Litar Mugello Ahad lalu, pelumba kelahiran Kuala Terengganu itu mencipta sensasi apabila meraih podium pertama musim ini selepas menamatkan saingan di tempat ketiga.

Keputusan tersebut menyaksikan Danish berjaya melonjakkan kedudukan dalam carta kejuaraan dunia ke kedudukan ke-11 mengumpul 43 mata selepas mengharungi tujuh perlumbaan pada musim ini.

“Selepas berakhirnya perlumbaan di Mugello, saya rasa lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi bagi menghadapi saingan GP Hungary. Banyak pengajaran yang saya dapat di Itali, terutamanya dalam mengurskan perlumbaan,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN