fbpx
BEZZECCHI berjaya melebarkan kedudukan di puncak carta selepas menawan saingan GP Itali di Litar Mugello kelmarin. - AFP

MotoGP: Bezzecchi mula jarak kedudukan pendahulu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUGELLO – Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi terus mengukuhkan status sebagai pencabar utama Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim ini selepas muncul juara Grand Prix (GP) Itali di Mugello sekali gus melebarkan jurang mata di puncak kedudukan keseluruhan.

Kejayaan di laman sendiri itu cukup bermakna buat pelumba berusia 27 tahun tersebut apabila dia bukan sahaja menghadiahkan kemenangan kepada penyokong tempatan, malah meraih kemenangan keempat daripada tujuh perlumbaan musim ini.

Bezzecchi yang memulakan perlumbaan dari petak utama terpaksa bekerja keras apabila dipintas rakan senegara, Francesco Bagnaia pada pusingan ketiga sebelum kembali merampas kedudukan pendahulu menerusi aksi berani pada pusingan ke-14.

Selepas mengambil alih kedudukan pertama, Bezzecchi terus meninggalkan pencabar lain dan menamatkan perlumbaan lebih tiga saat di hadapan rakan sepasukannya, Jorge Martin yang menamatkan saingan di tempat kedua.

“Kemenangan di Mugello adalah sesuatu yang saya impikan sejak kecil lagi. Jadi, untuk merealisasikannya hari ini memang satu perasaan yang sukar digambarkan.

“Ia benar-benar luar biasa dan saya sangat gembira dapat melakukannya di hadapan penyokong sendiri,” katanya.

Bagnaia yang sebelum itu dilihat berpotensi mempertahankan maruah Ducati di litar sendiri akhirnya terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas gagal menahan asakan Martin pada penghujung perlumbaan.

Keputusan itu menyaksikan Bezzecchi kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan kelebihan 17 mata ke atas Martin, sekali gus menguatkan peluangnya untuk memburu gelaran dunia MotoGP pertama dalam karier. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN