fbpx

Premis simpan 605 minyak masak peket 1kg untuk warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penguat kuasa KPDN memeriksa minyak masak peket 1kg yang ditemui di sebuah premis di Kamunting, Taiping semalam. - Foto IHSAN KPDN

TAIPING – Sebanyak 605 peket minyak masak 1 kilogram (kg) yang disimpan oleh sebuah premis di Kamunting di sini untuk warga asing disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, serbuan pukul 4 petang terhadap premis beralamat di No. 2, Lorong IKA, Industri Kamunting Aman, Kamunting itu dilaksanakan oleh KPDN Cawangan Taiping.

“Hasil pemeriksaan yang telah dijalankan mendapati sejumlah besar minyak masak peket 1kg dijumpai di dalam empat buah tong ais dan bakul raga yang disimpan di ruang bahagian belakang premis yang merupakan dapur memasak.

“Kesemua minyak masak peket 1kg tersebut disyaki digunakan sebagai bahan memasak makanan bagi pekerja warga asing yang dikendalikan oleh warga asing dan turut dijual oleh mereka,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati bahawa pemilik premis iaitu seorang wanita warga tempatan berusia 36 tahun memiliki minyak masak 1kg melebihi had lesen yang dibenarkan oleh pengawal.

Sehubungan itu, katanya, pasukan pegawai penguat kuasa KPDN telah mengambil tindakan menyita sejumlah 605kg minyak masak peket 1kg yang ditemukan dengan nilai sitaan dianggarkan RM1,512.50.

“Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana memiliki barang kawalan melebihi had yang dinyatakan dalam lesen,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI