fbpx

SST buah import, permintaan buah tempatan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid pada Majlis Perasmian Pembukaan Outlet Kopiesatu di Petron Pedas, hari ini. - Foto oleh NOR AINNA HAMZAH / KOSMO!

REMBAU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan permintaan buah-buahan tempatan akan meningkat susulan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import.

Ketua Pengarahnya, Abdul Rashid Bahri berkata, trend semasa menunjukkan perubahan ke arah sokongan kepada produk tempatan dapat dilihat termasuk apabila pihak penyedia makanan mula menggantikan buah import dengan buah tempatan.

Menurutnya, buah-buahan tempatan seperti pisang dan nanas kini menjadi pilihan utama pihak penyedia makanan bagi majlis-majlis rasmi kerajaan, menggantikan buah import seperti epal, oren dan anggur.

“FAMA menerima banyak pertanyaan dan permintaan bekalan buah-buahan tempatan daripada penganjur program kerajaan dan swasta. Kami juga mengambil langkah proaktif memperluaskan kempen menggalakkan rakyat memilih buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan.

“Sebelum ini sudah dijalankan, namun kali ini pendekatannya lebih meluas termasuk di sekolah, program Agro Madani, Hari Peladang dan FAMA Fest peringkat kebangsaan pada 22 Julai ini,” katanya kepada pemberita sempena Majlis Perasmian Outlet Kopiesatu di Petron Pedas, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, mengenai pelaksanaan SST itu, Abdul Rashid berkata, pihaknya tidak menerima aduan di lapangan berhubung kenaikan harga buah-buahan tempatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI