fbpx
Normah menunjukkan gambar Mohd. Yusof yang maut akibat sesak nafas ketika ditemui di rumahnya di Kampung Bechah Keranji, Peringat, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI

Lelaki maut di puncak bukit sempat belanja keluarga makan durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang jurupam stesen minyak yang mengalami sesak nafas sebelum maut sebaik sahaja tiba di puncak Bukit Gunong, Bachok dekat sini semalam sempat membelanja ibu dan keluarganya makan buah durian.

Kakak mangsa, Normah Hamat, 56, berkata, adiknya, arwah Mohd. Yusof Hamat, 41, yang merupakan anak bongsu daripada 10 beradik membeli durian untuk ibunya, Lijah Zakaria, 85, dan adik-beradik yang lain kelmarin.

Menurutnya, dia terkejut selepas menerima panggilan telefon daripada adiknya Abdullah, 50, yang memaklumkan Mohd. Yusof meninggal dunia di puncak Mohd. Yusof selepas dua kali mendaki bukit tersebut pada pagi semalam.

“Arwah sempat belanja kami sekeluarga makan durian kelmarin. Kami tidak menyangka dia pergi buat selama-lamanya selepas mendaki bukit itu.

“Arwah adik saya memang suka mengayuh basikal dan mendaki bukit walaupun dia menghidap penyakit jantung. Keadaan kesihatannya itu juga menyebabkan dia pernah rebah di tempat kerja dan di rumah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Bechah Keranji, Peringat di sini hari ini.

Menurutnya, jenazah arwah adiknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Tok Raja, Kampung Bechah Keranji, Peringat di sini kira-kira pukul 10 malam tadi.

Kosmo! Online semalam, melaporkan seorang jurupam stesen minyak mengalami sesak nafas sebelum meninggal dunia selepas berjaya menawan puncak Bukit Gunong dekat Bachok.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, Mohd. Yusof yang mendaki bukit berkenaan seorang diri dipercayai mengalami keletihan sahaja tiba di puncak bukit dengan ketinggian 317 meter pada paras laut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN