fbpx
ISAK dilaporkan kembali berdepan isu kecederaan menyebabkan dia terlepas aksi menentang United dan hampir tidak dapat diturunkan berdepan Chelsea kali ini.

EPL: Masalah kecederaan resahkan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Arne Slot berdepan satu lagi situasi penuh sukar untuk menyiapkan skuad terbaik bagi menghadapi Chelsea di Anfield, malam ini.

Isu kecederaan menjadi hal utama yang menghadirkan kegusaran Slot selepas Alexander Isak, Mohamed Salah, Alisson Becker, Giorgi Mamardashvili dan Ibrahima Konate tidak dapat menyertai latihan pasukan.

Liverpool terdesak untuk meraih kemenangan ke atas Chelsea untuk segera mengesahkan tempat ke saingan Liga Juara-Juara musim depan menyebabkan aksi kali ini cukup penting selain menebus kekalahan kepada Manchester United sebelum ini.

“Kebimbangan bukan menjadi perkataan tepat untuk diperkatakan, tetapi saya juga sedar fakta sebenar dan kami memerlukan tiga mata. Sebab itu saya cukup marah apabila kami gagal melakukannya (ketika aksi dengan Manchester United).

“Sebelum perlawanan itu, kami ada peluang (perlawanan) untuk mendapatkan tiga mata dan cuba melayakkan diri ke Liga Juara-Juara, namun sekarang kami hanya tiga lagi peluang untuk melakukannya,” kata Slot.

Ketika ini, Slot sudah pun kehilangan beberapa pemain seperti Hugo Ekitike, Conor Bradley, Wataru Endo, Giovanni Leoni, Stefan Bajcetic dan Jayden Danns, semuanya terpaksa mengharungi rawatan ekoran masalah kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN