MOHD. RAFFI sanggup memberi 1kg kepada penaja jika terbukti objek ditemuinya itu adalah muntah paus.

‘Siapa taja kos ujian, saya bagi 1kg muntah paus’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Nelayan yang menjumpai ketulan lilin dipercayai ambergris atau muntah paus pada minggu lalu sudi berkongsi sebahagian objek tersebut dengan mana-mana pihak yang sudi membiayai kos ujian kesahihannya di makmal Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus.

Mohd. Raffi Yusoff, 58, mengakui kehidupan sebagai nelayan yang bergantung hidup semata-mata dengan tangkapan ikan, kos RM550 bagi ujian kesahihan objek disyaki muntah paus tersebut terlalu mahal dan di luar kemampuannya.

“RM550 itu mungkin kecil bagi sesetengah orang tetapi bagi saya yang berpendapatan tidak seberapa dan perlu menanggung isteri dan dua anak berusia tiga dan 18 tahun ini memang tidak mampu.

“Jika terbukti nanti ia muntah paus, saya sanggup serah sekilogram (kg) objek ini kepada pihak yang sudi menaja kos bagi menghantarnya untuk diuji di makmal UMT,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Difahamkan, harga ambergris yang amat diperlukan dalam industri minyak wangi pada masa ini mencecah lebih RM500,000 sekilogram.

Ujarnya, berdasarkan timbangan, berat keseluruhan objek menyerupai muntah puas yang ditemuinya kira-kira 4.5 kg.

Dia yang berpengalaman 36 tahun sebagai nelayan berhasrat untuk menjualnya jika ia benar-benar ambergris.

“Kalau tiada siapa sudi bantu biaya ujian kesahihan itu, biarlah saya simpan dulu sehingga ia dibuktikan betul-betul bukan ambergris,” katanya.

Selasa lalu Kosmo! melaporkan, Mohd. Raffi menemukan ketulan itu sewaktu keluar mencandat sotong di perairan Kemasik, dekat sini pada 30 April lalu.

Objek itu ditemui terapung di perairan tersebut pada kedudukan kira-kira 7.41 kilometer dari perairan Kuala Kemasik pada pukul 6 petang.

Objek tersebut turut menge­luarkan bau harum terutama­nya apabila dibakar

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN