KUANTAN – Sesetengah racun kimia bersifat sistemik yang disembur kepada sayur-sayuran berbahaya kerana akan menjadi sebahagian daripada struktur dalaman sayur tersebut. Pensyarah Kanan Program Kimia Industri, Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Dr. Wan Norfazilah Wan Ismail berkata, sayur yang dicemari racun berkenaan tidak lagi berada di permukaan dan tidak boleh dicuci. Katanya, sebaik sahaja disembur, molekul racun akan meresap melalui stomata daun atau diserap oleh akar, kemudian bergerak melalui tisu vaskular (xilem dan floem)……














