fbpx
Gambar yang dimuat naik di Threads oleh Ndiahshm_ memaparkan belakang bonet kereta dipenuhi barang-barang kiriman ibu bapanya dari kampung.

‘Anak balik bandar, ibu bapa bagi bekal penuh bonet’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan murni ibu bapa yang gemar membeli barang keperluan untuk anaknya meskipun sudah dewasa setiap kali mereka pulang ke kampung mengundang rasa kagum pengguna media sosial.

Menerusi sebuah hantaran dimuat naik di Threads oleh pengguna @Ndiahshm_, dia berkongsi sekeping gambar memaparkan belakang bonet kereta yang dipenuhi barang-barang kiriman ibu bapanya.

Menurutnya, setiap kali pulang ke kampung, ibu bapanya akan memastikan dia tidak pulang dengan tangan kosong demi memastikan kebajikan anak di bandar sentiasa terjaga.

“Anak bandar pulang ke bandar dari kampung. Macam-macam bekal mak abah kirim dari kampung, kalau boleh satu rumah dan satu kebun mereka nak beri.

“Semoga Allah pelihara dan berkati mak abah saya dan panjangkan usia mereka,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berasa terharu dengan keprihatinan ibu bapa wanita itu dan menganggap ia sebagai satu rezeki yang tidak semua dapat merasai.

“Ini memang kaya dengan kasih sayang dan kebahagiaan. Semuanya cukup sebab masih ada mak ayah yang ambil berat tentang kita,” ujar Thequietnarrator8.

“Sama lah macam saya, mak ayah kalau boleh segala benda dia nak suruh kita bawa balik rumah sebab risau anak cucu lapar kat bandar,” kata Iffahsakri.

“Antara kasih sayang ibu bapa yang tiada siapa boleh ganti,” tambah Ley_a_yaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN