fbpx
Alexander ketika meninjau projek menaiktaraf laluan berkenaan dengan menunggang motosikal. Foto oleh SADDAM YUSOFF/ KOSMO!

Laluan motosikal Lebuh Raya Persekutuan ‘berwajah baharu’ Ogos ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Projek menaik taraf laluan motosikal tertua negara, Lebuh Raya Persekutuan (FT002) yang digunakan kira-kira 35,000 pengguna setiap hari dijangka siap sepenuhnya pada Ogos ini.

Pelaksanaan projek bernilai RM20 juta bermula tahun lalu itu meliputi jajaran sepanjang 48 kilometer (km) bagi kedua-dua arah di daerah Petaling dan Klang.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek yang diluluskan menerusi Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12) itu turut meliputi penurapan jalan, pemasangan lampu solar dan baik pulih longkang.

“Saya difahamkan laluan motosikal tertua dan terpanjang negara itu dibuka sejak tahun 70-an dengan jumlah pengguna kira-kira 35,000 sehari.

“Justeru, penambahbaikan perlu dilakukan kerana laluan itu juga lokasi ‘black spot’ banjir. Projek tersebut kini mencapai 43 peratus dan diharap siap pada Ogos ini,” katanya pada sidang akhbar di laluan Batu Tiga di sini, petang ini.

Terdahulu, beliau bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor turut melakukan tinjauan bermotosikal di FT002 di sekitar bandar raya ini.

Tambah Alexander, kerajaan turut melakukan kajian terperinci untuk menaik taraf laluan motosikal di kawasan lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN