fbpx

4 ditahan gaduh kerana ceroboh kawasan ternakan kerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LOKASI kejadian pergaduhan kerana pencerobohan kawasan ternakan kerang di Jeti Nelayan Sungai Ayer Baloi, Pontian, petang semalam.

PONTIAN – Empat lelaki diberkas selepas dipercayai terlibat dalam pergaduhan di jeti nelayan Sungai Ayer Baloi, di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, kempat-empat lelaki yang ditahan berusia 28 hingga 35 tahun selepas menerima laporan kejadian kira-kira pukul 5.37 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian pergaduhan dipercayai berpunca daripada suspek dikatakan menceroboh ke kawasan ternakan kerang di perairan Ayer Baloi.

“Dalam kejadian itu, salah seorang individu hang diberkas mengalami kecederaan di mata dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor bagi rawatan lanjut,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Shofee berkata, kertas siasatan telah dibuka dibawah Seksyen 147 Kanun Kesekaan (KK) berkaitan merusuh dan Seksyen 325 menyebabkan kecederaan parah secara sengaja.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI