fbpx

Nyaris maut tayar lori bergolek ke tengah jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini hanya mengalami kecederaan ringan dan seluarnya terkoyak di bahagian lutut.

SEPANG – Seorang penunggang motosikal cedera ringan selepas melanggar tayar lori bergolek ke laluan utama ketika kerja-kerja menukar tayar dilakukan di tepi jalan.

Difahamkan, insiden tersebut berlaku apabila sebuah lori berhenti di bahu jalan untuk menukar tayar, tetapi dipercayai tidak dipasang dengan betul sebelum bergolek ke jalan utama yang sibuk dengan kenderaan.

Menerusi video berdurasi 58 saat yang dimuat naik di Facebook Sepang Viral, beberapa kenderaan dilihat sempat mengelak tayar tersebut, namun seorang penunggang motosikal tidak sempat berbuat demikian sebelum terbabas.

Situasi tersebut turut mengundang kemarahan pengguna jalan raya yang menyifatkan kecuaian seperti itu boleh mengancam nyawa.

“Buat laporan polis. Lantik peguam. Saman syarikat pengangkutan. Claim (tuntut) segalanya permasalahan. Semoga diberi kesembuhan dan sihat seperti sediakala serta dipermudahkan segala urusan mangsa,” kata Haris Fadilah.

“Kejadian macam ini tak patut berlaku. Jangan main-main dengan nyawa orang. Orang lain ada anak bini. Harap pihak berkuasa ambil tindakan tegas dan kenakan hukuman lebih berat,” kata pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI