fbpx
Aliah mahu fokus membina kehidupan berbanding cinta.

Gadis Shah Alam disangka ‘Mek Kelate’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

Gadis yang menghiasi kolum Pesona Ahad minggu ini, Nur Aliah Dinisha Ahmad Shafri atau mesra disapa Aliah sudah berkecimpung dunia perundingan dan kewangan seawal usia 22 tahun.

Jadi tidak hairanlah Aliah kelihatan matang ketika me­lontarkan kata-kata. Dibesarkan di Shah Alam, Selangor, Aliah mendedahkan dia sering disangka gadis Kelantan kerana raut wajah dan kulitnya yang cerah.

Kepada Kosmo! Ahad anak bongsu daripada dua beradik itu berkongsi serba sedikit mengenai diri dan impiannya.

Kosmo! Ahad: Ceritakan mengenai diri Aliah
Aliah: Saya merupakan gra­duan Perniagaan Antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pada waktu terluang, saya akan bersenam di rumah, melukis sketsa, bermain muzik dan menulis. Saya juga sukakan nombor.

Mengapa memilih bidang perniagaan?
Saya beralih ke bidang perniagaan kerana lebih praktikal, fleksibel selain minat. Saya suka gabungan nombor, logik selain dapat berinteraksi dengan orang.

Perkara yang orang tidak tahu tentang Aliah?
Orang selalu sangka saya orang Kelantan. Sejujurnya saya tiada darah Kelantan, namun langsung tidak kisah mengenai­nya. Saya memang berjaga malam, tetapi tidak pernah belajar waktu malam. Saya bangun pukul 3 hingga 4 pagi untuk ulang kaji.

Pengalaman yang menyentuh hati Aliah
Beberapa bulan lalu, saya tunai umrah dan pertama kali melihat Kaabah, saya tidak henti menangis. Alhamdulillah, saya diberi peluang sentuh Kaabah. Saya minta diberikan jodoh yang baik, rezeki… semua saya minta. Itu ketenangan yang saya tak pernah rasa sebelum ini.

Cabaran terbesar dalam kerjaya
Saya pernah bekerja di syarikat besar pada usia begitu muda. Itu satu rezeki, walaupun pada mulanya agak menakutkan. Untuk menyesuaikan diri sebagai pegawai muda bukan mudah. Saya anggap itu sebagai peluang untuk berkembang.

Apa yang Aliah paling takut?
Hilang diri sendiri terutama­nya hilang arah, hilang keyakinan kepada Allah. Sejujurnya, saya percaya satu-satunya sebab saya sampai sejauh ini kerana sentiasa cuba berpegang pada iman.

Pesanan buat orang muda terutama lepasan SPM
Tidak pernah terlambat untuk berubah. Sekarang kamu ragu-ragu, tidak bermakna kamu akan hilang arah selama-lamanya. Belajarlah seolah-olah kita tidak tahu apa-apa. Jangan sombong. Jangan pandang rendah kuasa doa terutama daripada ibu bapa.

Perancangan hidup dan ciri-ciri lelaki pilihan?
Saya mahu bina kehidupan dan membalas jasa ibu bapa. Cinta bukan fokus utama ketika ini, tetapi saya percaya bila tiba masanya ia akan datang sendiri. Saya mencari lelaki yang mementingkan keluarga, hormat orang dan paling penting menjaga panda­ngan serta setia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN