fbpx

Gajah mati akibat dibom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bangkai gajah yang ditemui di kawasan hutan di negeri Jharkhand, India. - The Times of India

NEW DELHI – Seekor gajah jantan berusia 15 tahun mati apabila sebutir bom buatan sendiri meletup di kawasan hutan di negeri Jharkhand, India, lapor portal berita The Times of India semalam.

Kejadian berlaku di hutan Saranda dekat daerah Singhbhum Barat, baru-baru ini.

Gajah tersebut ditemukan oleh penduduk tempatan dengan luka pada kaki kiri belakang sebelum memanggil pihak berkuasa untuk bantuan. 

Pegawai jabatan perhutanan Saranda, Aviroop Sinha berkata, gajah itu disahkan mati tidak lama kemudian. 

“Bedah siasat menunjukkan kematian itu berpunca daripada kecederaan yang dialami.

“Ia merupakan kematian kedua gajah di kawasan sama dalam tempoh seminggu akibat bahan letupan yang ditanam oleh Parti Komunis India dikenali sebagai Maois. 

“Kami sedang berbincang dengan anggota keselamatan untuk merangka strategi melindungi haiwan daripada ancaman serupa,” tambah Sinha. – AGENS

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI