fbpx

[VIDEO] ‘Meriah lain macam stadium Kelantan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana meriah penyokong Ex-TRW Treble dan Double Treble Kedah menyaksikan perlawanan persahabatan antara kedua pasukan tersebut di Stadium Sultan Muhammad IV malam tadi.

PETALING JAYA – Perlawanan persahabatan amal yang menemukan barisan bekas pemain Ex-The Red Warriors (TRW) Treble dan Double Treble Kedah menghidupkan semula nostalgia zaman kegemilangan dua pasukan bola sepak tanah air itu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada malam tadi.

Menerusi satu hantaran di TikTok, pemilik akaun @its.just.j4y meluahkan keterujaannya menyaksikan suasana luar biasa sepanjang perlawanan berlangsung, yang disifatkan sebagai ‘ubat rindu’ buat penyokong setia kedua-dua pasukan.

“Permainan malam tadi sememangnya membawa seluruh stadium ke laman nostalgia era kegemilangan TRW suatu ketika dahulu. Ini atmosfera yang dirindui peminat bola sepak Kelantan,” katanya.

Sementara itu, pemilik akaun @Saufiaziz turut berkongsi detik-detik istimewa perlawanan tersebut yang mempertemukan dua pasukan legenda yang pernah mengungguli pelbagai kejohanan seperti Liga Super (2011, 2012), Piala Malaysia (2010, 2012), Piala FA (2012, 2013), Piala Sumbangsih (2011) serta suku akhir Piala AFC pada 2012.

Dalam aksi penuh semangat itu, Ex-TRW Treble berjaya menewaskan pasukan lawan dengan keputusan 3-0.

Dua gol disumbangkan oleh bekas penyerang kebangsaan Lebanon, Mohamad Ghaddar, manakala satu lagi gol dicipta oleh Khairul Izuan Rosli.

Tinjauan di ruangan komen turut memperlihatkan keterujaan peminat yang merindui era kegemilangan kedua-dua pasukan bola sepak legenda itu.

“Rindu zaman kegemilangan Kelantan dan Kedah dulu,” tulis @Aisyahmohamad.

“Meriah lain macam stadium Kelantan,” kata @azz6449.

“Dah lama tak ‘full house’ macam malam tadi sampaikan saya terpaksa duduk atas trek,” ujar @akuemak2020. -KOSMO! ONLINE

@itsjust.j4yy game malam tadi sememangnya membawa seluruh stadium ke laman nostalgia era kegemilangan TRW suatu ketika dahulu. 🔴⚪️ #exkelantanvsexkedah #extreblekelate #exdoubletreblekedah #treble #PUCcup ♬ AVANGARD – LONOWN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI